UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :DS Asia
ISSN :1985-496X
Main Author :Haniffa Mohamed Ali,
Title :Kompromi politik Dato’ Onn Jaafar dalam menangani konflik perkauman selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Artikel ini mengemukakan mengenai kompromi politik Dato’ Onn Jaafar dalam menangani konflik perkauman selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Polisi divide and rule British telah membawa kepada ketidakseimbangan kaum dan ekonomi di Tanah Melayu. Hal yang demikian ini telah diperburukkan lagi dengan pendudukan Jepun yang telah menimbulkan bibit prasangka perkauman. Rasa prejudis dan prasangka ini telah diterjemahkan dalam bentuk konflik perkauman selepas pengunduran tentera Jepun. Tentera Bintang Tiga telah melakukan keganasan dan kezaliman dalam usaha melegitimasikan kekuasaan mereka sehingga menyebabkan orang Melayu dan Cina terlibat dalam konflik perkauman. Dalam tempoh masa kritikal ini, golongan intelegensia Melayu khususnya berusaha untuk memulihkan kembali keharmonian kaum di Tanah Melayu. Artikel ini akan mengkaji mengenai kompromi politik Dato’ Onn Jaafar sebagai perantara dalam mengendurkan dan memulihkan hubungan kaum di Tanah Melayu. Analisis data dibuat melalui kaedah kajian dokumen berupa primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa Dato’ Onn Jaafar merupakan antara golongan intelegensia Melayu yang telah berperanan besar dalam menyelesaikan konflik perkauman selepas pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu. Dato’ Onn Jaafar telah mencetuskan inspirasi kepada orang Melayu untuk bersatu di bawah jemaah dan merintis jalan ke arah membina kekuatan bangsa. Kompromi politik beliau telah mencetuskan nasionalisme dan merintis jalan ke arah kemerdekaan tanah air.

References
1. Anwar Abdullah. (2004). Biografi Dato’ Onn Hidup Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 2. Berita Minggu, 2 Disember 2007. 3. CO 537/1581: HQ Malaya Command Weekly Intelligence Summary-Part I (SECRET). 4. CO 537/3759: Political, Dato’ Onn’s London Visit. 5. CO 537/7285: Emergency In Malaya-Reports To Ministers. 6. CO 717/183/2: Communities Liaison Committee Meeting In August. 7. CAJ 35/49, Sunday Tribune, 25 September 1949. 8. Cheah Boon Kheng. (1981). Sino Malay Conflicts in Malaya, 1945-1946: Communist Vendetta and Islamic Resistance. Journal of Southeast Asian History, Volume 12, No. 1. 9. Hairi Abdullah. (Bil., 3/4, 1973/4, 1974/5). Kebangkitan dan gerakan tentera Selendang Merah dalam sejarah daerah Muar dan Batu Pahat, JEBAT. 10.Haji Ismail Ahmad. (2006). Onn Jaafar-Melakar sejarah perjuangan bangsa di Batu Pahat. Batu Pahat: Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat. 11. Ho Hui Ling. Darurat 1948–1960. (2004). Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 12. Ho Hui Ling. (2006). Darurat Dan Perpaduan Antara Kaum. Persidangan Kebangsaan Mengenai Dato’ Onn Jaafar, 1-4 Disember, Anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor. Mingguan Malaysia, 8 Mei 2011. 13. Mohd Ashraf Ibrahim. (2004). Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 14. R.K. Vasil. (1980). Ethnic Politics in Malaysia, New Delhi: Radiant Publishers. 15. Ramlah Adam. (2002) Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 16. Ramlah Adam. (2004). Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 17. RCJ 1212/46 (1), A.G. Resident Commissioner, Johore kepada The Hon’ble Dato Onn bin Jaafar, Ag. Menteri Besar, Johore, Johore Bahru. 18. Shaharom Husain. (1985). Biografi Perjuangan Politik Dato’ Onn Ja’afar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. 19. SUKJ. 6203/1945 (1945). Outstation Reports And Correspondence Muar, 19.9.45-27.11.45, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (BMA/SCAO.J). 20. Sunday Tribune, 25 September 1949. 21. Seruan Ra’ayat, 7 Januari 1946. 22. WO 172/1813: War Diary. 23. WO 172/9773: War Diary. 24. WO 203/5660: Malaya’s Political Climate Report Oct 1945-March 1946 (TOP SECRET). 25. 65/46: Weekly Situation Report, 10.4.46-8.2.48. 26. 1212/46: Dato Onn bin Jaafar as Menteri Besar, 19.10.46-28.5.47.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)